![]() ![]() Sementara itu, seorang lagi bekas guru, Fariz Musa, 44, yang mempunyai tiga tahun berpengalaman mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina turut senada berkata, sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menjadi kekangan untuk memupuk perpaduan antara kaum. “Sistem sekolah yang ada sekarang sudah baik untuk memupuk semangat perpaduan antara mereka kerana banyak pertandingan dan acara sukan melibatkan pelajar pelbagai kaum dianjurkan,” ujarnya. Katanya, sepanjang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, beliau sendiri tiada masalah berkomunikasi dengan pelajar Cina serta ibu bapa mereka. “Ramai yang menganggap bahawa sekolah menengah vernakular hanya menggunakan bahasa ibunda mereka, namun hakikat yang ramai tidak tahu sebenarnya ada subjek diajar dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian. ![]() “Ada pelajar Melayu, India juga dihantar ke sekolah Cina, jadi kenapa mahu kita hapuskan sekolah vernakular sedangkan mereka juga menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran seharian. Menurut bekas guru, Konteck Kamaria P Vjalleh 65, yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, idea penubuhan Sekolah Wawasan adalah lebih baik kerana konsepnya yang menempatkan semua jenis sekolah di satu tempat. SHAH ALAM - Menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran adalah tidak wajar jika alasannya hanya untuk memupuk semangat perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |